dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Eksplorasi Cilik Digital Sesi Mac 2024

3 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

PEDi Sg. Bandung telah mengadakan aktiviti Eksplorasi Cilik Digital bagi sesi Februari pada 2 Mac 2024, Sabtu. Seramai 15 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai aktiviti tersebut sempena cuti sekolah. Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya ialah STEM IoT iaitu Toothpick Tower, Volcano Experiment dan juga mengenal komponen tubuh badan manusia. Selain itu, terdapat aktiviti E-Learning iaitu pelajar-pelajar diminta untuk membuka permainan dalam talian iaitu English Games, membuat kuiz di dalam Wordwall iaitu namakan komponen tubuh badan manusia dan belajar mengenai hari dalam seminggu. Untuk kelas softskill pula, pelajar-pelajar diajar cara untuk memasak Oden dan membuat air sirap bandung serta mewarna lukisan.

Untuk aktiviti STEM, petugas PEDi telah berkongsi kepada pelajar telah tentang cara penghasilan Toothpick Tower dengan membuat demonstrasi kepada pelajar. Pelajar diminta untuk menghasilkan sebuah bentuk 3D dengan hanya menggunakan tanah liat dan pencungkil gigi untuk mengasah kemahiran dan kreativiti pelajar. Selain itu, pelajar-pelajar diminta untuk membuat Volcano eksperiment dengan menggunakan cuka, baking soda dan pewarna.

Eksperimen ini diadakan bagi menunjukkan tindak balas kimia antara sejenis asid (cuka) dan sejenis karbonat (natrium hidrogen yang terdapat dalam baking soda). Aktiviti lain yang diadakan ialah pelajar disediakan kertas sambil menonton video youtube berkaitan dengan komponen tubuh badan manusia dan pelajar-pelajar dikehendaki untuk mengisi tempat kosong.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.